Tuesday, December 29, 2009

LELAKI IDAMAN AKU..


Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah
.

Thursday, November 12, 2009

HoMesICk SudAh MaLiii....


Salam semua xde pe juz nk ckp tetibe jew aser homesick hu~ wa~... tetibe lak aser windu kt umah, padahal cuti sebulan duk kt umah je.. bru jew blik UniMAP smalm.. terasa cm bermmpi je udh sampai kt Perlis ni ha... rase sekejap je spend cty ngn family.. Cuti bru nie seme family berkumpul, kak long duk kt johor pun stay kt kg lame jugak yelah cuti skulah xber2gas, die bwk ank2ny skali, sominy xblik cz keje.. Seronok lh dpt kumpul ramai2, kakak2 yg lain and abg da blik jugak tp kjap2 lh cz dyrang keje.. Best dpt sembang2, kumpul ramai2 mcm hari raya g2.. eh memng hari raya pun Hari Raya Qurban hehe..
ha berckp pasal qurban.. apakah pengorbanan yg tlah anda lakukn pd thn ini yelah selain lembu, kerbau, kambing, biri2 and ape2 binatang yg berkaki 4 lh katekn & memenuhi syarat2 binatang qurban yg tlh d tetapkn oleh syarak... erm klu tye sy ape yg tlh sy qurban kn??
adalah... jeng..jeng..jeng.. eh ada ke aku korban ape2?? huhu
adalah wei sape kte xde, cuti nie aku korbankn masa , jiwa & raga, dan wang ak haha..
nk tau mcmmane masa itu d korbankan oleh aku ?? ooo senang jew aku terpksa mengorbankn mase jaga aku selama 12jam kot utk tidor sepuas2ny mase cuti bru2 ni means ak overdoes tidor r haha mengarut je,, xde wawasan 2020 btol ngko ni, kte Abu kpd Minah... Jiwa n raga plak nk tau ker cmne aku korbankn??? wah ramainy angkat tangan, ok2 jgn tolak2, sabar2 nanti ak g tau.. ermmmm xyahlh kot ak story bout pngorbann yg 1 nie, nanty ade yg touching, tersedu-sedan, berhingus ble bceny nanti muahahahaha.. psal ber'uwang' plak ak x korbanknny malah family ak yg byk korbankn bt ak (wah touchng pulok rase) he2, xpe2 INSYAALLAH akn ku balas jua segala pengorbanan org2 yg tersayang sekirany ajal msh lg pnjang AAMIN...
oh lupe nk describe ckt sal pic yg ak upload kt ats 2.. 2 pic adik bongsu aku yg bernama SITI NOR FATIHAH sdng mndukung ank sedaraku yg bernama AHMAD MUZAKIR (ank bongsu k.long)... gambar itu d ambil pd thn 2007, dh lame dah.. adik ku skung pown udh d tngktn 1, dh slim dh skung nk diet kteny miahahaha.. ape2jelah dik oi!!! solan cepumas.. nape upload gmbar lame?? jwpnny cz xupload gmbar barulh kuang2.. lor.. nape x upload gmbo bru nmpak up 2 date ckt??? jwapn kpd persoaln itu adalah kerana xde gmbor terbaru yg d ambil sal 2 lh xley nk upload, klu ade mstilh gmbar bru d uploah kah kah kah... SERRRRAAABAAAIIII BTOLLH ENGKO NIH HUH... mf tuan2 dan puan2, akak2 dan abg2, adik2 dan jiran2 sekalian & sekutu dgnny post teramatlh mengarut huhu... mohon ampun & maaf... okey ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, October 27, 2009

JiWanG kArAt Siotttt!!!!!


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...

P/S: idea asal dr Uni cokelatmanis.blogspot

Monday, October 26, 2009

Majlis Ceramah Kerjaya dan Makan Malam- Photonic 2nd year

Majlis ini bertempat di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis...
bertarikh 26 oct 2009
jam 8.30p.m-10.30p.m

With ladies photonic yg mantop..




Cutenye Jee Keng berbaju kurung merah, ala2 puteri Hang Li Po g2 huhu..



Snap snap snap..




UniMAP Juara Perpaduan
x gitu NC kte??? huk huk huk





With cik Juli kte yg cute- Pengarah Rancangn Program Fotonik UniMAP.. cayalah cik juli!!!




Juadah jamuan kami, amik sikit2 lu nanty topup kmudian haha..





Potret fotonik bersama Dekan- Prof Madya Dr. Johari B Adnan ,Timb. Dekan HEPA-Dr Mohamad Halim B Abd Wahid, Prof Madya Dr. Prabakaran, Tuan Charan n tutor2 lab photonic ktorunk.. MANTOP lah.. he2




Jemput Mkn kwan2..

Kuih Raya simbolik kpd jamuan raya..
kui3



Posing Maut kwn2 ku, TOUGH2 blake ahaks..















Posing jap sblm majlis bermula..

Sunday, October 25, 2009

IMAN MANUSIA VS IMAN SEMUT

IMAN SEMUT...
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Wednesday, October 21, 2009

Ceriteraku....

Perbualan1:
Wahai ankku kenapa bermuram durja kata ibuku?? (budject kerabat d raja haha) erm susahlh mak.. apa yg susahny g tau lh mak, manelh tau mak boleh tambahkn kesusahan ko lg haha makku berseloroh dgn gelak tawany yg besar sekali...
Erm hidup d dunia ni pelik kn mak ? pelik??? Apakh mksud mu itu wahai ankku sayang (makku mule berdrama swasta dgnku)... erm kadang2 kte xtau ape yg kte buat ni btol ataupun salah.. erm mak xpaham lh ko ckp ape, go straight to da pointlh (tergelak kecil aku bila mndgar ibuku skeping).. maksudku adalh perbutan kte sering d salah ertikn, ku rasakn tindakn ku itu btol tp rupeny2 pndgan pd mata yg memndang adalh salah, pabila ku rasakn tindakn ku ini salah, tp pd pndngn mata itu btol.. kadang2 ini seme mmbuatkn aku berputus asa... berputus asa dgn insan2...



Perbualan2:
Makku berkata wahai anakku sekiranya engkau mahu org d sekelilngmu alert akn perasaan engkau, makanya engkau pown wahai ankku perlu lh juga alert terhadp perasaan org lain jgnlh hanya mengharap org lain saja yg perlu menjaga hati dan perasaan mu sedangkn engkau tidak sebegitu... ayahku pula menyampuk selalulh engkau meletakkan dirimu d tempat org lain cube selami perasaan mrk sekirany engkau berada d situasi mrk tidak kiralh apa2 situasi pown supaya nanti engkau tidak merasakn hanya diri engkau saje yg mmpunyai hati dan perasaan tibe2 adikku bersuara a ah mcm omputih bilang ’put ur step in another shoes” haha entah btol x idak ayat 2 pandai2 jew adik ye, xpe lh at least die cobe utk menengkn kekusutan yg aku alami...

Perbualan3:
Abg ku mmberi nasihatny kpdku... rasulullah s.a.w sendiri d pandang hina oleh kaumny Baginda d caci, d hina, d cerca, d fitnah, d umpat ... sdangkn rasullah itu maksum. So engkau yg byk buat dosa ni no wonderlh kn mane2 kaum pown nk pndang hina kt ko (huh agak kureng asam die berkata2) tp ku tau mksud perckpanny mmpunyai moral2 value yg tinggi cume laras bhsny jew yg agak kureng d situ.

Perbualn4:
Kakakku dr td diam membisu yg hanya mendgar perbualn kami bersuara jgn lh ko berputus asa dgn hamba2 Allah... ingt x lg kisah riwayat nabi yunus yg d telan ikan yu??
Aku menggngguk. Allah tlh memerintahkn ikan yu menelan nabi yunus krn nabi yunus tlh berputus asa dgn kaumny yg tidak mahu menerima ajarn dakwah islam yg disampaikn olehnya, lalu nabi yunus meninggalkn kaumny yg sesat itu.. atas tindakn itu Allah telah menghukum nabi yunus sehingga nabi yunus bertaubat mnyesal d atas perbuatannya..

Bersambung...

Sunday, October 18, 2009

Insan bergelar Manusia

Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah. Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita. Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita, kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya, seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri. Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati. Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas. Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.
KISAH SILAM
Kisah silam yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.“Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.”Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain? Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu? Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah.Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata;“Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.”Kemudian ada sahabat bertanya:“Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?”Baginda menjawab;“Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)Berdasarkan hadith di atas, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat. Amat malang dan besar dosanya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan ini, kerana mereka yang tergolong dalam golongan ini disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya, sesuai dengan firman Allah;“Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
YANG TERSEMBUNYI TETAP TERSEMBUNYI
Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut. Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata;“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya; “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan terus berlalu pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114;“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.Kemudian ada seorang bertanya kepada rasulullah, “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?” Jawab Nabi saw, “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.Jangan keliru atau terkeliru, Islam memang mengharamkan perbuatan yang mendekati kepada zina, lebih-lebih lagi zina. Tetapi Islam juga mengharamkan kita mendedahkan aib orang lain, iaitu perbuatan dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengancam kepada keselamatan awam disamping perlaku tersebut berusaha untuk menyembunyikannya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.” (al-Hujrat; ayat 12)Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk ‘Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam’, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq, ada menyatakan “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Bagaimanapun, jika pelakunya melakukannya secara sembunyi-sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi kerja seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya.Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Bukhari, “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)”. Justeru, tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kedekut dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Manakala hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah”.
PERINGATAN
Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan. Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan. Tetapi nilailah kehidupan mereka pada masa kini, adililah mereka atas sikap dan perlakuan mereka pada hari ini, dan hukumilah mereka di atas apa yang mereka dipertanggungjawabkan pada masa kini. Pandanglah dengan pandangan segar, pandangan masa depan tanpa menoleh ke arah peristiwa atau titik-titik hitam di belakang hari.Moga peringatan ini dititipkan kepada rakan-rakan kita yang lain, selain ia menjadi nasihat dan azimat kepada diri kita sendiri, kerana kehidupan itu ada fasa-fasanya.“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (al-Hujrat)

Saturday, October 10, 2009

Sangk- sANgka..


Manusia hari ini suka bersangka-sangka


Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk. Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas. Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk. Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang makan banyak disangka pelahap. Orang makan sikit disangka diet. Orang baik disangka buruk. Orang buruk disangka baik. Orang senyum disangka mengejek. Orang masam disangka merajuk. Orang bermuzakarah disangka mengumpat. Orang diam disangka menyendiri . Orang menawan disangka pakai susuk. Orang nampak ceria disangka membela.........


mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kitabuat.


Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.Muslimin dan Muslimat agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...“Tegakkan Islam dlm diri kamu.. nescaya islam akan tertegak diatas bumi kamu" Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

APAKAH TUHAN MENCIPTA KEJAHATAN?

Apakah Tuhan menciptakan kejahatan? Seorang Profesor dari sebuah universiti terkenal menentang mahasiswa-mahasiswanya dengan pertanyaan ini, "Apakah Tuhan menciptakan segala yang ada?".Seorang

mahasiswa dengan berani menjawab, "Betul, Dia yang menciptakansemuanya". "Tuhan menciptakan semuanya?" Tanya professor sekali lagi." Ya, Prof, semuanya" kata mahasiswa tersebut.Profesor itu menjawab, "Jika Tuhan menciptakan segalanya, bererti Tuhan menciptakan Kejahatan. Kerana kejahatan itu ada, dan menurut prinsipkita bahwa pekerjaan kita menjelaskan siapa kita, jadi kita bolehkatakan bahwa Tuhan itu adalah kejahatan.
"Mahasiswa itu terdiam dan tidak menjawab hipotesis professor tersebut. Profesor itu merasa menang dan menyombongkan diri bahwasekali lagi dia telah membuktikan bahawa agama itu adalah sebuah mitos.Mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata, "Profesor, boleh sayabertanya sesuatu?""Tentu saja," jawab si Profesor Mahasiswa itu berdiri dan bertanya, "Profesor, apakah dingin itu ada?""Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja dingin itu ada. Kamu tidak pernahterkena flu?" Tanya si professor diiringi tawa mahasiswa lainnya.Mahasiswa itu menjawab, "Kenyataannya, Prof, dingin itu tidak ada.Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin itu adalah ketiadaanpanas suhu -460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikelmenjadi diam dan tidak boleh bereaksi pada suhu tersebut. Kitamenciptakan kata dingin untuk mendeskripsikan ketiadaan panas.
Mahasiswa itu melanjutkan, "Profesor, apakah gelap itu ada?"Profesor itu menjawab, "Tentu saja itu ada."Mahasiswa itu menjawab, "Sekali lagi anda salah, Prof. Gelap itu jugatidak ada. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya bolehkita pelajari, gelap tidak. Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagaipanjang gelombang setiap warna. Tapi kita tidak boleh mengukur gelap.Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa ketumpatan cahaya di ruangan tersebut.Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya."Dengan bimbang professor itu menjawab, "Tentu saja, seperti yang telahkukatakan sebelumnya. Kita melihat setiap hari di surat khabar dan TV. Banyak perkara kejam dan kekerasan di antara manusia. Perkara-perkaratersebut adalah manifestasi dari kejahatan."
Mendengar pernyataan ini mahasiswa itu menjawab, "Sekali lagi Anda salah, Prof. Kajahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan.Seperti dingin atau gelap, kajahatan adalah kata yang dipakai manusiauntuk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan. Tuhan tidak menciptakankajahatan.Kajahatan adalah hasil dari tidak adanya kasih Tuhan dihati manusia.Seperti dingin yang timbul dari ketiadaan panas dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya."Profesor itu terdiam....Akhirnya mahasiswa itu bertanya, "Profesor, apakah kejahatan itu ada?"
...dan mahasiswa itu adalah Albert Einstein.

Wednesday, July 22, 2009

Perlis Attractions~



Kelam Cave
One of the most distinctive caves in Malaysia is a 370-metre long limestone cave near the small town of Kaki Bukit (literally 'foot hill') called Gua Kelam (Cave of Darkness). Located about 33km north of Kangar, the state capital, Gua Kelam Recreational Park is popular for its enchanting 'cave walk' where you can enter from one end of the cave and come out at a different location.
The only path to the cave is via an eight-foot wide wooden suspension bridge. This bridge links Kaki Bukit to the Wan Tangga Valley, a valley on the opposite end of Gua Kelam. Back in 1935, an Englishman saw the water pathway as a brilliant method to transport tin ore from a mine located near the stream entrance through the underground cavern to Kaki Bukit.

Now, locals and tourists make their way through the cave via a brightly lit wooden walkway inside the cave. You can still find remnants of the tin mine operation within the cave. As you make your way through the cave, the whispers of a swirling dark subterranean stream, together with the squeaking bats and dripping water from the stalactites, form a concerto of natural sounds. It sounds a bit spooky, but adds to the mystery of a cave that was was once the home of Stone Age men.


Snake and Reptile Farm

Surrounded by the Bukit Bintang Forest Reserve near Sungai Batu Pahat, the Snake and Reptile Farm is located 10km north of Kangar, the state capital.
The Snake Farm is a research facility set up to develop anti-venom for snakebites. Housing more than 20 species of snakes, as well as crocodiles and monitor lizards, it is the only snake farm in Malaysia.
The farm has open-air enclosures as well as enclosed exhibits. Handlers will assist you to pose with tame snakes for photographs.If you're a bit squeamish in handling a snake, get there early in the day and the snake you wrap around your shoulders for a photo op won't move much at all. The reason? Snakes are cold-blooded and only move more vigorously once they've warmed up in the sun. By RoadFrom Kangar, follow the sign to Sungai Batu Pahat. The farm is only about 10-15 minutes' drive from Kangar.

Padang Besar

Padang Besar is a border market, a shopper's haunt for Malaysians seeking good bargains. It is a great place for shoppers who want to sample the best of both countries. Items at bargain prices are found here. They include leather goods, household items, clothing and more. There is even a duty-free shop here.
This border town is the merging point for Thais and Malaysians. Many Malaysians travel up to Thailand through this point and likewise for their Thai counterparts, on shopping, business or recreational trips.
The railway station has a long platform, manned by Malaysians on one side and the Thais on the other. Besides the Immigration checkpoints and some signs, it is hard to distinguish where the border actually lies because culturally, both sides are so enmeshed.
Beyond the rail tracks is Pekan Siam, bargain-hunters' paradise. The town is filled with textiles, clothing, handicraft, foodstuff, fruits and souvenirs


Kuala Perlis
The major activity found here is fishing and many superb seafood restaurants can be found in this small fishing town.
Not only is seafood fresh in Perlis, but it is relatively cheaper than it is in the capital city. Have the fun of eating seafood is selecting the exact critters that you want seasoned, cooked, fried, barbequed, grilled, or sautéed, and served to you. The town of Kuala Perlis has just a couple of streets with plenty of restaurants which are popular for seafood and the local speciality of 'laksa' (rice noodle dipped in a fish-based gravy).










Perlis State Museum

According to history, the 4.84 acres of land where the State Museum now stands was granted by Raja Syed Alwi to his younger brother, Syed Salim bin Syed Muhammad al-Jafri, who was a senior minister to the King.
Towards the end of the 19th century, Syed Salim built his residence and stayed there with his family until it was sold to the State Government just after the signing of the 1909 Bangkok Treaty. After that, the building became the official residence of the state British Advisors. The first British Advisor, Mr. Meadow Frost and his successors resided in the house until the Second World War in 1941. From 1941 until 1943, the building was taken over by Japanese Military Administration, while from 1943 until 1945, the Thai Military Government took over the building.
After Independence, the building became the Perlis Chief Minister's official residence. It became popularly known as Rumah Tetamu (Guest House) after it was vacated by Chief Minister Dato' Jaafar Hassan in early 1980s. In 1991, the building was demolished to make way for the construction of the present State Museum, which is structurally identical to the old building. The Kompleks Warisan Negeri (State Heritage Complex) is also within the compounds of the State Museum.The museum is closed on Fridays
From Kangar town, take Jalan Kolam, heading eastward until you reach Jalan Tun Abdul Razak. The museum is located near the junction. One of the main landmarks close by is the Kangar Hospital.




Sunday, July 19, 2009

Usah Buka Aib Ssesama Muslim~

Kelak Allah tutup aibnya di akhirat

DALAM satu hadis Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang menutup keaiban saudaranya sesama Muslim, kelak Alah akan tutup aibnya di akhirat."Cuba kita sama-sama teliti satu kisah di zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu ketika Bani Israel ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka berkumpul dan datang menemui nabi.Mereka berkata: "Ya Kaliimallah! Berdoalah kepada Tuhanmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami.

"Berangkatlah Nabi Musa bersama kaumnya menuju ke padang pasir yang luas. Dengan jumlah yang ramai itu mereka berdoa dalam keadaan lusuh dan penuh debu, haus serta lapar.Nabi Musa berdoa: "Ilaahi! Asqinaa ghaitsak...wansyur 'alaina rahmatak..."Selepas itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin berkilauan. Maknanya segumpal awan pun tidak muncul jua.Kemudian Nabi Musa berdoa lagi: "Ilaahi.Allah pun berfirman kepada Nabi Musa, maksudnya: "Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa bermaksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di hadapan manusia agar dia berdiri di hadapan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian...

"Lalu Nabi Musa pun berteriak di tengah-tengah kaumnya: "Wahai hamba yang bermaksiat kepada Allah sejak 40 tahun...keluarlah ke hadapan kami...kerana engkaulah hujan tidak turun..."Seorang lelaki melirik ke kanan dan kiri. Tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia. Saat itu pula dia sedar kalau dirinyalah yang dimaksud.Dia berkata dalam hatinya: "Kalau aku keluar ke hadapan manusia, maka akan terbuka rahasiaku. Kalau aku tidak berterus terang, maka hujan pun tidak akan turun."Hatinya pun gundah gulana. Air matanya pun menitis, menyesali perbuatan maksiatnya, sambil berkata di dalam hati: "Ya Allah! Aku sudah bermaksiat kepada-Mu selama 40 tahun. Selama itu pula Engkau menutupi aibku. Sungguh sekarang aku bertaubat kepada-Mu, maka terimalah taubatku."Tidak lama selepas pengakuan taubatnya itu, awan-awan tebal pun muncul. Semakin lama semakin tebal menghitam dan akhirnya turunlah hujan.

Nabi Musa kehairanan. "Ya Allah, Engkau sudah turunkan hujan kepada kami, namun tidak seorang pun yang keluar di hadapan manusia."Allah berfirman, maksudnya: "Aku menurunkan hujan kepada kalian oleh sebab hamba yang kerananya hujan tidak kunjung turun."Nabi Musa berkata: "Ya Allah! Tunjukkan padaku hamba yang taat itu."Allah berfirman, maksudnya: "Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya sedangkan dia taat kepada-Ku!"Semoga cerita ini menjadikan kita hamba yang tidak menghina dan mengaibkan kesalahan yang dilakukan seseorang.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang mendedahkan keaiban sendiri. Tetapi hal ini sering terjadi dalam dunia yang hangat dengan kejungkilan kisah dosa peribadi, kadang-kadang menjadi pelaris dan menghangatkan lagi buku dan siaran televisyen.

Petua Berjaya Yang Luar Biasa~

Segala penghuni petala bumbung dan lantai sudah berkumpul.
Mamalia , reptilia , berdarah panas, berdarah sejuk. Semuanya berkumpul di tepi permatang untuk bergelanggang. Mahu melihat hari ini dalam sejarah.Sebuah pertempuran yang dinanti-nantikan.Pertandingan memanjat pokok pinang.30 makhluk ciptaan Tuhan tampil ke depan. Mahu berentap memanjat ke awan. Habuan yang ditawarkan pun agak lumayan.

Siapa mendengar pasti tertawan.Sang murai menjerit girang, tanda persaingan bermula sekarang.“Ayuh, ayuh! Jangan mudah berputus asa,” jerit sang punai menyorakkan tupai.“Panjat, panjat! Siapa cepat dia dapat!,” sorak si badak mengusik si katak.
Tupai, katak, beruk dan lotong, memanjat-manjat mara ke atas. Menoleh ke kanan menoleh ke kiri, sesekali mencanak telinga mendengar sorak rombongan rimba. Sorak yang kuat menambah semangat. Sorak yang semangat menambah kudrat.


Tapi pinang bukan sebarang pinang. Licinnya kulit bukan kepalang. Basah pula dek gerimis petang, tidak beranting tidak berdahan. Hanya batang, tinggi kepalang.Peluh memercik sengalnya tulang, pucuk pinang masih menjulang. Jauh lagi sebuah kemenangan, untuk juara mengecap kejayaan. Satu demi satu peserta jatuh. Letih, sakit, lenguh, tersepuh. Hanya tinggal segelintir yang keras hati, terus mara tidak peduli.Warga rimba berubah hati, dari dorong kepada maki. Tadi beri semangat kini mencaci mengumpat.

Tangan masih bersorak, mulut mengeji mencanak.“Sudah-sudahlah, jangan ditamak hadiah yang banyak. Benda mustahil jangan kejar sampai terkucil,” ujar sang platipus memuncung-muncung.“Kalau kamu mahu sangat tawaran itu, datang sahaja ke sarangku, akan kubelanja!” tawar si merak yang megah berlagak.“Baliklah, hari sudah petang. Ingat di reban, keluarga tersayang” panggil sang itik, terkedek-kedek.Satu demi satu peserta hilang semangat. Tubuh penat, basah keringat. Kudrat tadi semakin susut, ghairah pagi menjadi kecut.

Tupai yang lincah jatuh ke tanah, biawak yang buas tergelincir terhempas. Batang pinang tinggal sebatang, hanya seekor cicak berjuang.“Hahaha! Bodohnya cicak itu. Entah apa yang dia mahu” ketawa si beruk bermuka buruk.“Uhuhuh! Cicak tamak tak ingat anak. Mengejar hadiah tak nampak rumah!” ejek sang kancil tak padan kecil.Cicak terus mencanak.Batang pinang dipanjat tak kira orang.Walau panjatnya lesu perlahan, pinang dipanjat mencapai awan. Bayu petang menghembus kuat, cicak bertahan tak patah semangat.

Biar pun diri tinggal sendiri, cicak langsung tidak peduli.Jika tadi semua mengeji, timbul kagum semua berdiri. Kutuk tidak didengar lagi, kata semangat kini kembali. Cicak mula terima sorak, jangan undur teruskan tempur. Hadiah bukan tawaran sebarangan, lumayan sekali jangan disesiakan.Sampai di puncak, tersenyum cicak. Cita-cita sudahlah nyata. Tahun ini cicak juara. Hadiah lumayan miliknya jua.Datang wartawan mencari cerita. Bertanyakan rahsia semangat yang waja. Cicak tersenyum tanpa bicara, soalan ditanya, tiada jawabnya.Fahamlah semua rahsia sang cicak, rupanya dia CICAK YANG PEKAK.

PENGAJARAN
Jika mahu berjaya dalam hidup, sesekali belajarlah memekakkan diri daripada melayan cakap orang, sama ada kritikan, sama ada pujian. Jika sudah ditetapkan hala tuju, terus sahaja mara ke hadapan.

Saturday, July 18, 2009

Erti Persahabatan

Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
adakah benar bersahabat? Bersahabat seperti Rasulullah dan Abu Bakar.

""...dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dgn berlagak sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung." -Al-Isra' 17:37"

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan..Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir..Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal..Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin..=)

Ice-Breaking hu~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. he~

Entri i yg first ni juz nk sembng2 santai jelh about... bout what ek???
erm let me share something lh, i nk story ckitlh why i create my blog huhu~...
acctually i dh lame nk bikin ini punyer blog but awes get some trouble, i dunno why????
maybe i krang efficent kot lam dunia cyber nie peaceeeee... msuk nie sdh 5 benua i jelajah, tp i x penah lupe y 5 tu (apo yg den mngarut nih)~~~ msuk ni dh 4 kali i try create my blog, la ni bru berhasil, success success hehe~


erm k lh i story ckitlh what da problem dad i had faced, 2 month ago i dh bikin blog actually but when i want 2 sign in i forget my password, huh (damp)... so i try uat lg xley gak...
so skung i registered e-mail bru n then i pown create lh my new blog hu2...
kenapa sy nk uat blog???? ha yg itu kte nk tau haha~~ erm xdelh i ayik bce blog org jew, aser cm best jew ble da blog sendiri (yeker???), teringin gak nk coretkn sepatah 2 kte, bermadah berhelah kt cni.
mcm2 jenis blog y tlh i bce, kebanyakkn blogger lbh untuk mencoretkn aktiviti harian mrk simple sentence like diary dyrang lh... meluahkn kegumbiraan,kesedihan,ketidakpuasanhati n etc, erm ok gak lh cm2 kn at least kte dpt mereleasekn tension kte when kte share wth people whether by word or writting, is't rite???

da juga yg uat bisnes, mencoretkn motivasi, n mcm2 lh...
so sekarang i have no idea what label 4 my blog hu~ maybe my diary, share something knowledge, mtivasi or bisnes???
sorry bahasa rojak2 cz maybe this way i can get improve my english... he2,
sy bdk bru belajar if wrong, please tunjukkn hahaha (merosakkan bhsa btol!!!!!!!!!!!!)
ok wassalam keep it up!!!!!