Sunday, January 3, 2010

Cinta Terakhir..

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita
Kau ayu dimataku satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatanUsah ragu dengan takdir
Kau ayu dimataku satu antara seribu
Tiada tara di dunia
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya(2x)

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan tuhan

Segalanya ketentuan tuhan...

Tuesday, December 29, 2009

LELAKI IDAMAN AKU..


Biarlah dia seorang yang buta
Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan laghah
Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam
di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya

Biarlah dia seorang yang bisu
Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan
Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran
Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang
menyuarakan kebenaran

Biarlah dia seorang yang bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah
dengan Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran Sehingga dia sanggup
menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah
Kembali megah di muka dunia

Biarlah dia seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat Papa memiliki akhlaq mazmumah
Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah
.

Thursday, November 12, 2009

HoMesICk SudAh MaLiii....


Salam semua xde pe juz nk ckp tetibe jew aser homesick hu~ wa~... tetibe lak aser windu kt umah, padahal cuti sebulan duk kt umah je.. bru jew blik UniMAP smalm.. terasa cm bermmpi je udh sampai kt Perlis ni ha... rase sekejap je spend cty ngn family.. Cuti bru nie seme family berkumpul, kak long duk kt johor pun stay kt kg lame jugak yelah cuti skulah xber2gas, die bwk ank2ny skali, sominy xblik cz keje.. Seronok lh dpt kumpul ramai2, kakak2 yg lain and abg da blik jugak tp kjap2 lh cz dyrang keje.. Best dpt sembang2, kumpul ramai2 mcm hari raya g2.. eh memng hari raya pun Hari Raya Qurban hehe..
ha berckp pasal qurban.. apakah pengorbanan yg tlah anda lakukn pd thn ini yelah selain lembu, kerbau, kambing, biri2 and ape2 binatang yg berkaki 4 lh katekn & memenuhi syarat2 binatang qurban yg tlh d tetapkn oleh syarak... erm klu tye sy ape yg tlh sy qurban kn??
adalah... jeng..jeng..jeng.. eh ada ke aku korban ape2?? huhu
adalah wei sape kte xde, cuti nie aku korbankn masa , jiwa & raga, dan wang ak haha..
nk tau mcmmane masa itu d korbankan oleh aku ?? ooo senang jew aku terpksa mengorbankn mase jaga aku selama 12jam kot utk tidor sepuas2ny mase cuti bru2 ni means ak overdoes tidor r haha mengarut je,, xde wawasan 2020 btol ngko ni, kte Abu kpd Minah... Jiwa n raga plak nk tau ker cmne aku korbankn??? wah ramainy angkat tangan, ok2 jgn tolak2, sabar2 nanti ak g tau.. ermmmm xyahlh kot ak story bout pngorbann yg 1 nie, nanty ade yg touching, tersedu-sedan, berhingus ble bceny nanti muahahahaha.. psal ber'uwang' plak ak x korbanknny malah family ak yg byk korbankn bt ak (wah touchng pulok rase) he2, xpe2 INSYAALLAH akn ku balas jua segala pengorbanan org2 yg tersayang sekirany ajal msh lg pnjang AAMIN...
oh lupe nk describe ckt sal pic yg ak upload kt ats 2.. 2 pic adik bongsu aku yg bernama SITI NOR FATIHAH sdng mndukung ank sedaraku yg bernama AHMAD MUZAKIR (ank bongsu k.long)... gambar itu d ambil pd thn 2007, dh lame dah.. adik ku skung pown udh d tngktn 1, dh slim dh skung nk diet kteny miahahaha.. ape2jelah dik oi!!! solan cepumas.. nape upload gmbar lame?? jwpnny cz xupload gmbar barulh kuang2.. lor.. nape x upload gmbo bru nmpak up 2 date ckt??? jwapn kpd persoaln itu adalah kerana xde gmbor terbaru yg d ambil sal 2 lh xley nk upload, klu ade mstilh gmbar bru d uploah kah kah kah... SERRRRAAABAAAIIII BTOLLH ENGKO NIH HUH... mf tuan2 dan puan2, akak2 dan abg2, adik2 dan jiran2 sekalian & sekutu dgnny post teramatlh mengarut huhu... mohon ampun & maaf... okey ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, October 27, 2009

JiWanG kArAt Siotttt!!!!!


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...

P/S: idea asal dr Uni cokelatmanis.blogspot

Monday, October 26, 2009

Majlis Ceramah Kerjaya dan Makan Malam- Photonic 2nd year

Majlis ini bertempat di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis...
bertarikh 26 oct 2009
jam 8.30p.m-10.30p.m

With ladies photonic yg mantop..




Cutenye Jee Keng berbaju kurung merah, ala2 puteri Hang Li Po g2 huhu..



Snap snap snap..




UniMAP Juara Perpaduan
x gitu NC kte??? huk huk huk





With cik Juli kte yg cute- Pengarah Rancangn Program Fotonik UniMAP.. cayalah cik juli!!!




Juadah jamuan kami, amik sikit2 lu nanty topup kmudian haha..





Potret fotonik bersama Dekan- Prof Madya Dr. Johari B Adnan ,Timb. Dekan HEPA-Dr Mohamad Halim B Abd Wahid, Prof Madya Dr. Prabakaran, Tuan Charan n tutor2 lab photonic ktorunk.. MANTOP lah.. he2




Jemput Mkn kwan2..

Kuih Raya simbolik kpd jamuan raya..
kui3



Posing Maut kwn2 ku, TOUGH2 blake ahaks..















Posing jap sblm majlis bermula..

Sunday, October 25, 2009

IMAN MANUSIA VS IMAN SEMUT

IMAN SEMUT...
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Wednesday, October 21, 2009

Ceriteraku....

Perbualan1:
Wahai ankku kenapa bermuram durja kata ibuku?? (budject kerabat d raja haha) erm susahlh mak.. apa yg susahny g tau lh mak, manelh tau mak boleh tambahkn kesusahan ko lg haha makku berseloroh dgn gelak tawany yg besar sekali...
Erm hidup d dunia ni pelik kn mak ? pelik??? Apakh mksud mu itu wahai ankku sayang (makku mule berdrama swasta dgnku)... erm kadang2 kte xtau ape yg kte buat ni btol ataupun salah.. erm mak xpaham lh ko ckp ape, go straight to da pointlh (tergelak kecil aku bila mndgar ibuku skeping).. maksudku adalh perbutan kte sering d salah ertikn, ku rasakn tindakn ku itu btol tp rupeny2 pndgan pd mata yg memndang adalh salah, pabila ku rasakn tindakn ku ini salah, tp pd pndngn mata itu btol.. kadang2 ini seme mmbuatkn aku berputus asa... berputus asa dgn insan2...



Perbualan2:
Makku berkata wahai anakku sekiranya engkau mahu org d sekelilngmu alert akn perasaan engkau, makanya engkau pown wahai ankku perlu lh juga alert terhadp perasaan org lain jgnlh hanya mengharap org lain saja yg perlu menjaga hati dan perasaan mu sedangkn engkau tidak sebegitu... ayahku pula menyampuk selalulh engkau meletakkan dirimu d tempat org lain cube selami perasaan mrk sekirany engkau berada d situasi mrk tidak kiralh apa2 situasi pown supaya nanti engkau tidak merasakn hanya diri engkau saje yg mmpunyai hati dan perasaan tibe2 adikku bersuara a ah mcm omputih bilang ’put ur step in another shoes” haha entah btol x idak ayat 2 pandai2 jew adik ye, xpe lh at least die cobe utk menengkn kekusutan yg aku alami...

Perbualan3:
Abg ku mmberi nasihatny kpdku... rasulullah s.a.w sendiri d pandang hina oleh kaumny Baginda d caci, d hina, d cerca, d fitnah, d umpat ... sdangkn rasullah itu maksum. So engkau yg byk buat dosa ni no wonderlh kn mane2 kaum pown nk pndang hina kt ko (huh agak kureng asam die berkata2) tp ku tau mksud perckpanny mmpunyai moral2 value yg tinggi cume laras bhsny jew yg agak kureng d situ.

Perbualn4:
Kakakku dr td diam membisu yg hanya mendgar perbualn kami bersuara jgn lh ko berputus asa dgn hamba2 Allah... ingt x lg kisah riwayat nabi yunus yg d telan ikan yu??
Aku menggngguk. Allah tlh memerintahkn ikan yu menelan nabi yunus krn nabi yunus tlh berputus asa dgn kaumny yg tidak mahu menerima ajarn dakwah islam yg disampaikn olehnya, lalu nabi yunus meninggalkn kaumny yg sesat itu.. atas tindakn itu Allah telah menghukum nabi yunus sehingga nabi yunus bertaubat mnyesal d atas perbuatannya..

Bersambung...