Tuesday, October 27, 2009

JiWanG kArAt Siotttt!!!!!


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........ Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu. .. Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....

Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. .. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL...

P/S: idea asal dr Uni cokelatmanis.blogspot

Monday, October 26, 2009

Majlis Ceramah Kerjaya dan Makan Malam- Photonic 2nd year

Majlis ini bertempat di Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis...
bertarikh 26 oct 2009
jam 8.30p.m-10.30p.m

With ladies photonic yg mantop..




Cutenye Jee Keng berbaju kurung merah, ala2 puteri Hang Li Po g2 huhu..



Snap snap snap..




UniMAP Juara Perpaduan
x gitu NC kte??? huk huk huk





With cik Juli kte yg cute- Pengarah Rancangn Program Fotonik UniMAP.. cayalah cik juli!!!




Juadah jamuan kami, amik sikit2 lu nanty topup kmudian haha..





Potret fotonik bersama Dekan- Prof Madya Dr. Johari B Adnan ,Timb. Dekan HEPA-Dr Mohamad Halim B Abd Wahid, Prof Madya Dr. Prabakaran, Tuan Charan n tutor2 lab photonic ktorunk.. MANTOP lah.. he2




Jemput Mkn kwan2..

Kuih Raya simbolik kpd jamuan raya..
kui3



Posing Maut kwn2 ku, TOUGH2 blake ahaks..















Posing jap sblm majlis bermula..

Sunday, October 25, 2009

IMAN MANUSIA VS IMAN SEMUT

IMAN SEMUT...
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di "interview" oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".Jawab Imam Suffian: Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Wednesday, October 21, 2009

Ceriteraku....

Perbualan1:
Wahai ankku kenapa bermuram durja kata ibuku?? (budject kerabat d raja haha) erm susahlh mak.. apa yg susahny g tau lh mak, manelh tau mak boleh tambahkn kesusahan ko lg haha makku berseloroh dgn gelak tawany yg besar sekali...
Erm hidup d dunia ni pelik kn mak ? pelik??? Apakh mksud mu itu wahai ankku sayang (makku mule berdrama swasta dgnku)... erm kadang2 kte xtau ape yg kte buat ni btol ataupun salah.. erm mak xpaham lh ko ckp ape, go straight to da pointlh (tergelak kecil aku bila mndgar ibuku skeping).. maksudku adalh perbutan kte sering d salah ertikn, ku rasakn tindakn ku itu btol tp rupeny2 pndgan pd mata yg memndang adalh salah, pabila ku rasakn tindakn ku ini salah, tp pd pndngn mata itu btol.. kadang2 ini seme mmbuatkn aku berputus asa... berputus asa dgn insan2...



Perbualan2:
Makku berkata wahai anakku sekiranya engkau mahu org d sekelilngmu alert akn perasaan engkau, makanya engkau pown wahai ankku perlu lh juga alert terhadp perasaan org lain jgnlh hanya mengharap org lain saja yg perlu menjaga hati dan perasaan mu sedangkn engkau tidak sebegitu... ayahku pula menyampuk selalulh engkau meletakkan dirimu d tempat org lain cube selami perasaan mrk sekirany engkau berada d situasi mrk tidak kiralh apa2 situasi pown supaya nanti engkau tidak merasakn hanya diri engkau saje yg mmpunyai hati dan perasaan tibe2 adikku bersuara a ah mcm omputih bilang ’put ur step in another shoes” haha entah btol x idak ayat 2 pandai2 jew adik ye, xpe lh at least die cobe utk menengkn kekusutan yg aku alami...

Perbualan3:
Abg ku mmberi nasihatny kpdku... rasulullah s.a.w sendiri d pandang hina oleh kaumny Baginda d caci, d hina, d cerca, d fitnah, d umpat ... sdangkn rasullah itu maksum. So engkau yg byk buat dosa ni no wonderlh kn mane2 kaum pown nk pndang hina kt ko (huh agak kureng asam die berkata2) tp ku tau mksud perckpanny mmpunyai moral2 value yg tinggi cume laras bhsny jew yg agak kureng d situ.

Perbualn4:
Kakakku dr td diam membisu yg hanya mendgar perbualn kami bersuara jgn lh ko berputus asa dgn hamba2 Allah... ingt x lg kisah riwayat nabi yunus yg d telan ikan yu??
Aku menggngguk. Allah tlh memerintahkn ikan yu menelan nabi yunus krn nabi yunus tlh berputus asa dgn kaumny yg tidak mahu menerima ajarn dakwah islam yg disampaikn olehnya, lalu nabi yunus meninggalkn kaumny yg sesat itu.. atas tindakn itu Allah telah menghukum nabi yunus sehingga nabi yunus bertaubat mnyesal d atas perbuatannya..

Bersambung...

Sunday, October 18, 2009

Insan bergelar Manusia

Bukan mudah untuk menjaga rahsia dan juga menjaga amanah. Kerana rahsia atau amanah itu adalah perkara paling berat dalam kehidupan kita. Begitu juga apabila sesuatu kepercayaan yang telah diletakkan kepada seseorang kepada kita, kepercayaan itu harus digengam erat tanpa sedikit pun perasaan untuk meleraikannya. Sekali kita cuba meleraikannya, seumur hidup kepercayaan itu tidak akan digalang lagi kepada kita.Bukan mudah untuk mempercayai orang lain selain daripada diri sendiri. Sungguh besar nilai dan harga yang perlu dibayar untuk memastikan bahawa kepercayaan itu tidak dikhianati. Kepercayaan itu hadir daripada sebuah hubungan yang ikhlas, tanpa ada rasa sedikit pun keraguan terlintas. Sebab itu percaya membawa bahagia dan rasa diri berharga.
KISAH SILAM
Kisah silam yang dilalui oleh manusia tidak seharusnya dirungkai dan dicoret-coret isinya. Biarlah ia terus dikambus, dikambus oleh kebaikan dan amalan baik yang dilakukan. Manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan, dan perkara ini sering-kali diulang-ulang dari Quran bahawa kesilapan itu ditebus melalui sesalan. Sesalan yang bersungguh-sungguh dan bertekad untuk tidak melakukannya lagi, iaitu TAUBAT.“Taubat ialah kembali taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon keampunan dari Allah.”Mengapa kita suka membaca isi silam orang lain? Adakah perkara itu sebuah keseronokan atau sebuah kelucuan yang harus kita sebar-sebarkan? Ataupun mungkin kita suka mencungkil-cungkil rahsia orang lain yang tersembunyi, kemudian dihebahkan kepada orang lain untuk merendahkan atau menghina seseorang itu? Islam melarang perbuatan mencungkil rahsia yang tersembunyi , kemudian menyebarkannya kepada umum. Perbuatan itu dikategorikan sebagai mengumpat/ghibah.Rasulullah pernah bertanya makna mengumpat kepada para sahabatnya. Kemudian para sahabatnya mengatakan tidak tahu. Kemudian Rasulullah berkata;“Mengumpat adalah ketika engkau membicarakan mengenai saudaramu sesuatu yang dia benci.”Kemudian ada sahabat bertanya:“Wahai Rasulullah, bagaimana kalau yang kami katakan itu betul-betul ada pada dirinya?”Baginda menjawab;“Jika yang kalian katakan itu benar, bererti kalian telah mengumpatnya. Namun jika apa yang kalian katakan itu tidak benar, bererti kalian telah memfitnahnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)Berdasarkan hadith di atas, walaupun sesuatu perkara yang kita sebar-sebarkan itu sekalipun benar, tetapi tidak disukai oleh empunya diri maka ia termasuk dalam kategori mengumpat. Amat malang dan besar dosanya kepada sesiapa yang tergolong dalam golongan ini, kerana mereka yang tergolong dalam golongan ini disamakan dengan orang yang memakan daging saudaranya, sesuai dengan firman Allah;“Janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah.
YANG TERSEMBUNYI TETAP TERSEMBUNYI
Rasulullah tidak pernah menghebahkan atau membuka keburukan orang lain yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi, walaupun baginda mengetahui keburukan orang tersebut melalui pemberitahuan dari orang lain atau dari perlaku perbuatan tersebut. Hal ini dapat kita selami melalui sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim.Diceritakan bahawa ada seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah, kemudian dia berkata;“Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (meraba-raba), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu.”Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya; “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”.Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan terus berlalu pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah dalam surah al-Hud ayat 114;“Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat”.Kemudian ada seorang bertanya kepada rasulullah, “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?” Jawab Nabi saw, “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.Jangan keliru atau terkeliru, Islam memang mengharamkan perbuatan yang mendekati kepada zina, lebih-lebih lagi zina. Tetapi Islam juga mengharamkan kita mendedahkan aib orang lain, iaitu perbuatan dosa yang dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan tidak mengancam kepada keselamatan awam disamping perlaku tersebut berusaha untuk menyembunyikannya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang.” (al-Hujrat; ayat 12)Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk ‘Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam’, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq, ada menyatakan “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Bagaimanapun, jika pelakunya melakukannya secara sembunyi-sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintip atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya….”Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya. Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi kerja seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya.Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Muslim dan Bukhari, “Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)”. Justeru, tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyi. Terutamanya maksiat hati seperti riyak, kemunafikan, kesombongan, dengki, kedekut dan lain-lainnya. Sekalipun agama menganggapnya sebagai dosa besar, namun tidak dibantah-selagi tidak zahir dalam bentuk amalan. Sebabnya ialah kita diperintahkan untuk menghakimi manusia apa yang kita nampak. Manakala hal-hal yang tersembunyi kita serahkan kepada Allah”.
PERINGATAN
Usahlah kita menilai dan menghukum seseorang itu berdasarkan kisah-kisah silam mereka. Usahlah kita bersangka buruk di atas kekhilafan yang pernah mereka lakukan. Usahlah menghina atau merendahkan darjat mereka di atas kehinaan yang pernah mereka lakukan. Tetapi nilailah kehidupan mereka pada masa kini, adililah mereka atas sikap dan perlakuan mereka pada hari ini, dan hukumilah mereka di atas apa yang mereka dipertanggungjawabkan pada masa kini. Pandanglah dengan pandangan segar, pandangan masa depan tanpa menoleh ke arah peristiwa atau titik-titik hitam di belakang hari.Moga peringatan ini dititipkan kepada rakan-rakan kita yang lain, selain ia menjadi nasihat dan azimat kepada diri kita sendiri, kerana kehidupan itu ada fasa-fasanya.“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” (al-Hujrat)

Saturday, October 10, 2009

Sangk- sANgka..


Manusia hari ini suka bersangka-sangka


Ada sangkaan baik...Ada sangkaan buruk. Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas. Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk. Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang makan banyak disangka pelahap. Orang makan sikit disangka diet. Orang baik disangka buruk. Orang buruk disangka baik. Orang senyum disangka mengejek. Orang masam disangka merajuk. Orang bermuzakarah disangka mengumpat. Orang diam disangka menyendiri . Orang menawan disangka pakai susuk. Orang nampak ceria disangka membela.........


mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api..Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kitabuat.


Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.Muslimin dan Muslimat agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...“Tegakkan Islam dlm diri kamu.. nescaya islam akan tertegak diatas bumi kamu" Imam Al-Syahid Hassan Al- Banna.

APAKAH TUHAN MENCIPTA KEJAHATAN?

Apakah Tuhan menciptakan kejahatan? Seorang Profesor dari sebuah universiti terkenal menentang mahasiswa-mahasiswanya dengan pertanyaan ini, "Apakah Tuhan menciptakan segala yang ada?".Seorang

mahasiswa dengan berani menjawab, "Betul, Dia yang menciptakansemuanya". "Tuhan menciptakan semuanya?" Tanya professor sekali lagi." Ya, Prof, semuanya" kata mahasiswa tersebut.Profesor itu menjawab, "Jika Tuhan menciptakan segalanya, bererti Tuhan menciptakan Kejahatan. Kerana kejahatan itu ada, dan menurut prinsipkita bahwa pekerjaan kita menjelaskan siapa kita, jadi kita bolehkatakan bahwa Tuhan itu adalah kejahatan.
"Mahasiswa itu terdiam dan tidak menjawab hipotesis professor tersebut. Profesor itu merasa menang dan menyombongkan diri bahwasekali lagi dia telah membuktikan bahawa agama itu adalah sebuah mitos.Mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata, "Profesor, boleh sayabertanya sesuatu?""Tentu saja," jawab si Profesor Mahasiswa itu berdiri dan bertanya, "Profesor, apakah dingin itu ada?""Pertanyaan macam apa itu? Tentu saja dingin itu ada. Kamu tidak pernahterkena flu?" Tanya si professor diiringi tawa mahasiswa lainnya.Mahasiswa itu menjawab, "Kenyataannya, Prof, dingin itu tidak ada.Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin itu adalah ketiadaanpanas suhu -460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikelmenjadi diam dan tidak boleh bereaksi pada suhu tersebut. Kitamenciptakan kata dingin untuk mendeskripsikan ketiadaan panas.
Mahasiswa itu melanjutkan, "Profesor, apakah gelap itu ada?"Profesor itu menjawab, "Tentu saja itu ada."Mahasiswa itu menjawab, "Sekali lagi anda salah, Prof. Gelap itu jugatidak ada. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya bolehkita pelajari, gelap tidak. Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagaipanjang gelombang setiap warna. Tapi kita tidak boleh mengukur gelap.Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa ketumpatan cahaya di ruangan tersebut.Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya."Dengan bimbang professor itu menjawab, "Tentu saja, seperti yang telahkukatakan sebelumnya. Kita melihat setiap hari di surat khabar dan TV. Banyak perkara kejam dan kekerasan di antara manusia. Perkara-perkaratersebut adalah manifestasi dari kejahatan."
Mendengar pernyataan ini mahasiswa itu menjawab, "Sekali lagi Anda salah, Prof. Kajahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan.Seperti dingin atau gelap, kajahatan adalah kata yang dipakai manusiauntuk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan. Tuhan tidak menciptakankajahatan.Kajahatan adalah hasil dari tidak adanya kasih Tuhan dihati manusia.Seperti dingin yang timbul dari ketiadaan panas dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya."Profesor itu terdiam....Akhirnya mahasiswa itu bertanya, "Profesor, apakah kejahatan itu ada?"
...dan mahasiswa itu adalah Albert Einstein.